SEJARAH PENUBUHAN KAMPUNG BALAI BADANG

Pada masa dahulu daerah Segamat merupakan kawasan negeri Sembilan.Ia mula ditubuhkan pada tahun 1876.Masa kedatangan penjajah perang berlaku di Bukit Putus Negeri
Sembilan.Kemudian Raja Tengku Antan berhijrah ke Padang.Selepas kedatangan Raja Tengku Antah berhijrah balai panjang dibuat kemudian ia terus dinamakan Kg Balai Padang.Kemudian Penduduk kampung duduk di Sg Gatal.Penghulu Sg Gatal pada masa itu adalah Dolah manakala naib penghulu merupakan Mek bin Mahadi.

Selepas perang jepun pada tahun 1948 semua penduduk melarikan diri.Selepas perang meletus tiada orang yang duduk di sini lagi.Apabila tiada orang menduduki disini pada tahun 1945 jepun terus menyerah kalah.Apabila Dato’ Onn mewujudkan Parti Bersatu semua penduduk kembali menduduki di Sg Gatal.Pada masa tersebut bilangan penduduk adalah seramai seratus lebih orang sahaja.Lokasi Balai Padang terletak di Padang serta mempunyai sekolah agama.

Pada tahun 1948 baru diistiharkan kampung Balai Badang mula dibuka.Penghulu kampung pada masa itu ialah Hj Salleh Bin Musa.Perkhidmatan beliau sebagai ketua kampung dari tahun 1948 sehingga 1972.Selepas perletakan jawatan beliau ia diambil oleh Hj Mad Shah.Beliau pula menjadi ketua kampung selepas itu.Selepas kemangkatan Hj Mad Shah ia jawatan beliau diambil oleh Hussien Bin Mamoon.Sehingga sekarang Hussien Bin Mamoon mentadbir Balai Badang.Jumlah penduduk yang terdapat di Kampung Balai Badang adalah seramai 440 orang,manakala jumlah rumah adalah 81 dan jumlah keluarga adalah sebanyak 83.




KETUA KAMPUNG BALAI BADANG
EN HUSSIN BIN MAMOON


ALAMAT :

KAMPUNG BALAI BADANG
85100 BATU ANAM
SEGAMAT JOHOR.

PETA :

Pertandingan marhaban

Pertandingan memanjat tiang licin

MAJLIS BERKHATAN

Majlis berkhatan diadakan pada tarikh 29 November 2009 bertempat di rumah En Tapa.Ia diadakan untuk mengkhatankan anaknya bernama Akmal.Acara gotong royong oleh orang kampung dilakukan sehari sebelum majlis diadakan.Pada hari berkhatan acara berarak bagi anaknya dan pasukan kompang daripada Kg Balai Badang turut serta bagi memeriahkan majlis tersebut

AKTIVITI POCO - POCO

Poco- poco adalah sejenis program berbentuk senaman.Ia juga dianggotai oleh golongan kaum- kaum wanita.Manakala ahli-ahlinya adalah seramai 30 orang .Program ini diadakan seminggu sekali.




PROSES PEMBUATAN PARANG

Peralatan tersebut digunakan ketika melakukan aktiviti seperti memotong kayu, memburu binatang dan ia juga dijadikan sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Sehingga kini, pelbagai peralatan yang diperbuat daripada besi seperti, parang, keris dan pedang telah dihasilkan secara tradisional.Kebiasaannya, reka bentuk parang yang dibuat akan ditentukan sendiri mengikut kreativiti pengusaha seperti bentuk dan saiznya selain motif dan corak pada sarung serta hulunya.

Pengusaha pembuatan parang ini dikenali sebagai Parti bin Pangat.Ia merupakan salah seseorang yang giat aktif membuat parang.Selain itu ia juga sedikit sebanyak boleh di ketengah sebagai IKS (Industri Kecil dan Sederhana).Beliau menghasilkan produk berasaskan besi seperti parang dan keris.

Menceritakan proses permulaan pembuatan parang, bahan metal atau keluli yang telah dipilih akan melalui proses pemanasan secara manual menggunakan bahan pemanas khas yang dikenali sebagai blower.Kemudian besi yang masih panas itu akan diketuk dengan menggunakan tukul bagi mendapatkan bentuk parang yang di inginkan sebelum permukaannya diratakan menggunakan alat yang dinamakan grinder.

Bagi mendapatkan hasil sarung dan hulu parang pula, pengusaha akan memilih dan menggunakan kayu yang berkualiti seperti kayu benbam yang diambil sekitar kampung.Kayu-kayu ini kemudian akan dikorek di bahagian dalamnya mengikut saiz mata parang dan kemudian dua lapisan kayu tersebut akan dicantum menggunakan gam bagi membentuk sarung.Selepas itu, bahagian luarnya akan diukir mengikut motif atau idea tertentu sebelum digosok dengan menggunakan kertas pasir dan disapu dengan bahan pengilat.Proses berikutnya, besi parang akan dimasukkan ke dalam kayu yang telah dibentuk sebagai hulu dan akhir sekali mata parang itu akan diasah menggunakan batu asah sehingga ia tajam.

Harga parang yang dijual oleh beliau bermula dari RM40 sehingga RM150 keatas.Manakala harga sebuah parang berkembar ialah RM150

PARANG BERKEMBAR

PERTANDINGAN NASYID

Pertandingan nasyid yang diadakan pada tarikh 26.2.2010 dan bertempat di Balai Raya Kampung Balai Badang. Pertandingan nasyid ini dianjurkan oleh Sek Agama Kampung Balai Badang dan Wanita Umno Cawangan Kg Balai Badang.Penyertaan pada kali ni adalah seperti berikut :
i.
5 kumpulan ( dewasa)
ii ) 6 kumpulan (kanak- kanak)

About Me

My photo
Pada masa dahulu daerah Segamat merupakan kawasan negeri Sembilan. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1876.Masa penjajah datang perang berlaku di Bukit Putus Negeri Sembilan.Kemudian Raja Tengku Antan berhijrah ke Padang Selepas kedatangan Raja Tengku Antah berhijrah balai panjang dibuat kemudian ia terus dinamakan Kg Balai Padang.

RENUNGAN BERSAMA

Mutiara Kata: "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"