PERTANDINGAN NASYID

Pertandingan nasyid yang diadakan pada tarikh 26.2.2010 dan bertempat di Balai Raya Kampung Balai Badang. Pertandingan nasyid ini dianjurkan oleh Sek Agama Kampung Balai Badang dan Wanita Umno Cawangan Kg Balai Badang.Penyertaan pada kali ni adalah seperti berikut :
i.
5 kumpulan ( dewasa)
ii ) 6 kumpulan (kanak- kanak)

PERTANDINGAN MARHABAN

Pertandingan marhaban diadakan pada tarikh 7.2.2010 dan bertempat di sekolah kebangsaan balai badang.Penyertaan berkumpulan dari kawasan kampung dun buluh kasap.Penyertaan juga daripda kampung Balai Badang,Padang kiambang,Spang Loi,Kuala Paya,Mensudut lama dan Mensudut Pindah.Kategori yang dipertandingkan adalah dewasa dan murid sekolah rendah.Pertandingan ini di anjurkan oleh jabatan kebudayaan dan kesenian negeri johor .Pemenang yang memenangi pertandingan ini adalah seperti berikut :

i. pertama kg kuala paya

ii. Kedua kg spang loi

iii. Ketiga kg balai badang




PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN BUDAYA MASYARAKAT LUAR BANDAR

Program merakyatkan seni dan budaya masyarakat luar Bandar dianjurkan oleh Jabatan kebudayaan dan kesenian negeri johor dengan kerjasama pejabat daerah segamat,majlis kebudayaan daerah segamat,JPMM Dun Buloh Kasap.Ia dirasmikan oleh Y.B Datuk Haji Othman bin Jais.Dengan adanya program merakyatkan seni dan budaya masyarakat luar Bandar sebegini ia sedikit sebanyak dapat mengeratkan silaturahim masyarakat diantara satu sama lain.Masyarakat kampung bergotong royong sehari sebelum majlis berlansung.

Program-program yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan marhaban,pertandingan permainan tradisional,pertandingan memasak,pertandingan melukis bagi kana-kanak tadika dan pertandingan karaoke.Dengan adanya pertandingan permainan tradisional masyarakat serta generasi baru tidak melupakan permainan tersebut supaya ia tidak ditelan zaman pada masa akan dating. Pertandingan permainan tradisional yang dipertandingkan iaitu congkak,tarik upih,dam,panjat tiang,belon acah,sumpit,tarik tali.Manakala pertandingan karaoke yang diadakan adalah menyanyikan lagu irama melayu dan irama asli.

Selain itu gerai pameran diadakan seperti gerai menjual hasil kraf tangan,mencanting batik,melukis potret,pemeriksaan kesihatan dan lain- lain lagi.Pertandingan masakan seperti ubi kayu,umbut rotan,terung gelembang,telur pindang dan juga halwa betik turut dipertandingkan pada hari tersebut.Beberapa acara diadakan seperti diadakan seperti dibawah ini

a) Pertandingan memasak


b) Pertandingan Marhaban

c) Pertandingan tarik tali




KELUARGA SAKINAH

Program keluarga sakinah dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Segamat.Ia disampaikan oleh penceramah Ustazah Jamilah Janis.Program keluarga sakinah diadakanpada setiap satu bulan sekali pada hari ahad minggu ketiga.Program ini adalah berbentuk program islamiah seperti cara-cara sujud sejadah,doa-doa dan lain– lain lagi.

About Me

My photo
Pada masa dahulu daerah Segamat merupakan kawasan negeri Sembilan. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1876.Masa penjajah datang perang berlaku di Bukit Putus Negeri Sembilan.Kemudian Raja Tengku Antan berhijrah ke Padang Selepas kedatangan Raja Tengku Antah berhijrah balai panjang dibuat kemudian ia terus dinamakan Kg Balai Padang.

RENUNGAN BERSAMA

Mutiara Kata: "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"